Friday, December 30, 2011

jom ke dataran pahlawan, melaka

Alhamdullilah musim cuti sekolah ini memang ramai pengunjung yang datang ke kedai kami. pengunjung yang datang bukan sahaja dari dalam negeri Melaka sahaja, bahkan ramai dari luar seperti perak, kedah, johor dan lain-lain.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kpd pengunjung semua yg tak menang tangan kami layan. Bagi yg belom singgah ke kedai kami, marilah singgah. Kami menjual beratus koleksi keris, cincin, batu permata. Bagi peminat barangan kraftangan pasti anda teruja dengan barang2 yg kami jual di sini.

Singgahlah dulu baru tahu. Harga insyaAllah anda semua akan berpuas hati! Kalau beli dgn skala yg banyak kita boleh runding harga punyer...hehehe

Barangan cenderahati kami dari serendah RM4.00 sahaja. Kalau beli 3 sekaligus kita beri harga cingcai2 RM10.00 sahaja! best kan...

so datang taw...kedai kami di Lot C24, C-11 dan lot C-04 di dataran pahlawan, melaka. tak jumpa kedai call saya Halim - 013 - 266 5553







remaja dari bandar JB, Johor.


abang dari Kedah bersama keluarga dan anak2..


dak Wan tengah sibuk melayan pelanggan..




budak hensem dari Kuala Lumpur. datang bersama ayah dan adik2 yg lain..


pelajar2 IPTA cari topi picnik katanya...pilih dik pilih..banyak pilihan di sini..
pasti menambah gaya si pemakai!

kedai depan jual asam dll


dak Wan staff Cardova Creative, duduk kejap ya..penat ramai org datang hari nih..hehehe
peace no war..!

dak Fiza memakai uniform baru kedai kami.

akak2 datanglah sini, banyak barang kraftangan di kedai kami!




banyak barang taw di sini kak! singgah dah tengok dulu pon boleh.. saya akan melayan akak2 semua dengan penuh gembira! hehehe


kalau anda lalu di dataran pahlawan ada org pakai baju ini..ikutlah dia pasti anda akan berjumpa KEDAI KAMI di Lot C-11,04 dan 24...
ikut ke kedai aje taw..!!








group askar dari kem terendak. ada latihan di sini katanya. semua berasal dari perak.

TERIMA KASIH DAUN KELADI,
PANJANG UMUR SINGGAHLAH LAGI....!!

info kedai kami di sini KLIK!

Jom ke kelong abu...!

 




Pemandangan indah sewaktu senja
Sebahagian dari hasil tangkapan


Jeti Pantai Siring



Chef Hafiz sedang membuat persedian untuk makan malam

Thursday, December 15, 2011

Menara Tamingsari


Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Harga Tiket :
Dewasa : RM 20.00
    Kanak-Kanak : RM 10.00

Masa Operasi :
10.00 am-10.00 pm

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Menara Taming Sari Berhad,
Jalan Merdeka, Banda Hilir,
75000 Melaka.
Tel No.   : +606 288 1100 / 281 3366
Fax No. : +606 288 1551

Zulfakar Mohammad





Selamat datang ke Melaka kepada Keluarga bahagia En Zulfakar Mohammad ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.Selamat melawat tempat-tempat menarik di Melaka.  Terima kasih kerana memilih Homestay Melaka sebagai tempat penginapan, semoga tuan selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.




Wednesday, December 14, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempat layan Ombak Rindu dengan famili dan teman. Menyaksikan adegan Izzah yang sedang berbaring di katil lusuh di rumah buruk di kampung manakala suaminya Hariz sedang berbaring di katil cantik bersama isteri baru mengingatkan aku pada tulisan aku dalam entri “20112011“. Antara yang aku catatkan dalam entri tersebut ”cuma aku selalu terfikir apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”  itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan sememangnya hidup manusia begitu seperti yang pernah aku catatkan dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah“. Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah kerana pengalaman aku sendiri seperti tercatat dalam entri “Gali Lubang Tutup Lubang” mengambil masa bertahun untuk redha dengan ujian Allah SWT.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun bersua muka. Kalau nak tahu rasa Ombak Rindu yang tiada batasnya cuba tanya Kak Jie yang terpisah dengan suami jauh beribu batu. Aku pernah berpisah dengan isteri bertahun-tahun dan bulan lepas berjauhan hampir 1 bulan sehingga dilanda membadai kuat Ombak Rindu. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan kehidupan yang sebentar.

Denaihati.com



 http://www.youtube.com/watch?v=a-mqkjDnljo

Monday, December 12, 2011

Siti Hajar Kuala Lumpur

Homestay Melaka mengucapkan datang kepada Puan Siti Hajar dan keluaraga ke  Melaka Bandar Warisan Dunia. Selamat bercuti dengan melawat tempat-tempat menarik di Melaka.  Terima kasih kerana memilih Homestay Melaka sebagai tempat penginapan, semoga puan selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.






Helmyzan Johor Bahru

Homestay Melaka mengucapkan  selamat melawat  Melaka Bandar Warisan Dunia kepada En Helmyzan, pak mertua,mak mertua, ipar  duai dan anak sedara semua  dari  Johor Bahru. Terimakasihlah  jamu tea O dan roti bakar……….kalian semua sangat peramah.  Semoga berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.




Monday, December 5, 2011

Puan Ruslina Tajudin

Homestay Melaka mengucapkan  Selamat melancung ke Melaka Bandar Warisan Dunia kepada Puan Ruslina dan keluaraga dari Shah Alam disamping berkunjung kerumah saudara di Muar sempena majlis perkahwinan saudaranya disana. Terimakasih kerana sudi memilih untuk menginap di homestay kami semasa kunjungannya ke Melaka. Semoga berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sungguh teruja dapat berkomunikasi dalam bahasa ibunda dengan keluaraga puan.




 

Sunday, December 4, 2011

Ahmad Shahrizal Tajudin

1Homestay terharu menerima kunjungan sahabat sebumbung En Ahmad Shahrizal Tajudin semasa sama-sama bertugas di Sarawak 1991-1996. Kau memang hebat bro...wa caya lu lah.......jangan lupa lepas ni contact2 le....anak-anak lu dah besar .....6 orang semuanya.....tapi tak lawan wa....wa 7 beb....boleh lah tambah lagi....tu pun kalau orang rumah nak...kalau tak nak nampak gaya lu kena bukak....dot..dot..dot.....Apa-apa hal pun aku harap kau selesa dan berpuas hati dengan homestay aku yang tak seberapa ini....



Tempahan Online

Free availability calendar by shared-house.com