Wednesday, February 15, 2012

Homestay Melaka

Menyediakan penginapan yang selesa untuk keluarga yang ramai di Bandaraya Warisan Melaka.


Alamat Homestay

No 28, Jalan D3, Taman Dahlia
Bukit Beruang, Ayer Keroh
75450 Melaka

No Tel : 013-6306624 ( Jaini )














Fully Furnished Teres 2 tingkat corner lot - 4 bilik tidur 3 bilik air.

Dua pintu gate untuk 2 tempat letak kereta berbumbung dan beberapa lagi tempat letak kereta dihadapan dan sebelah tepi rumah.
Masterbedroom : 1 katil Queen + 1 Single, Aircond, Waterheater
Bilik 2 & 3 : 1 katil Queen , AirCond
Bilik Bawah : 2 katil Single, Aircond, Waterheater.
Semua bilik dilengkapi dengan almari, cermin besar dan lain-lain.
Kelegkapan lain  Iron & Iron Board, 9 tuala mandi, 4 sejadah
Ruang tamu : Sofa, TV LCD 37 inci dilengkapi dengan Astro Beyond bersama dengan pakej SPORT dalam bentuk berdifinisi tinggi HD  , meja makan dan lain-lain.
Dapur : peti sejuk, kettle, pinggan mangkuk, Periuk Nasi elektrik, mesen basuh automatik. Minaral pot.
Boleh Memasak hanya makanan HALAL dibenarkan masuk.
Broadband Wifi unlimited juga disediakan

Kami menyediakan penginapan yang MUDAH, MESRA dan SELESA dan dijamin anda akan berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan hyang diberikan.
Kawasan homestay berdekatan dengan
Universiti
- Kampus Induk Universiti Multimedia
- Kolej Kediaman Utem
- Kolej Kediaman Yayasan Melaka
- Kolej Komuniti Bukit Beruang
Pasaraya
- Mydin
- Kota Fesyen
Golf
- Tiara Melaka  Golf & Country Club
- Ayer Keroh Golf Club
Rekreasi Dan Lawatan
- Taman Botanikal Melaka
- River Cruise
- Melaka Wonderland
- Zoo Melaka
- Taman Buaya
- Taman Rama-rama
- Taman Mini Asian
- Planeterium
- Alamat : No 28, Jalan D3, Taman Dahlia, Bukit Beruang
               75450 Ayer Keroh, Melaka
Sila Hubungi Jaini – 013-6306624

Wednesday, February 1, 2012

Ayam Penyet Lamongan, MITC Melaka

Sebelum ini penulis pernah menulis mengenai ayam penyet yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kali ini penulis ingin membawa anda semua untuk menikmati hidangan Ayam Penyet Lamongan yang terletak di Kota Fesyen, MITC Melaka (berhampiran Mydin Mall, MITC). Dengan lokasi yang amat mudah untuk dikunjungi, tidak hairan Ayam Penyet Lamongan cepat mendapat tarikan dari pengunjung-pengunjung yang datang ke MITC. Bagi penggemar ayam penyet, perkara pertama yang dirasa adalah sambal belacan, memang pasti sambal belacan di sini memang pedas dan sungguh menyelerakan. Selain ayam penyet yang menjadi tarikan, terdapat juga hidangan Pecel Lele (Ikan Keli) yang juga sangat sedap dan tidak rugi jika mencubanya. Penulis seperti biasa akan memesan set hidangan ayam penyet sebagai menu makan makan malam jika singgah di sini. Ada pelbagai lagi menu menarik seperti Bakso, Pecel Lele dan sebagainya yang boleh dinikmati. Selamat menjamu selera.




@mkstreet.com

Asam Pedas Pokok Besar, Taman Kota Laksamana

Pada hari Ahad, penulis ditemani seorang rakan telah menyusuri sekitar Banda Hilir untuk sesi mengisi perut. Sekitar pukul 6.30 petang, suasana jalan yang agak selesa kerana penghujung hari Ahad. Agakan penulis bahawa semua orang yang ke Melaka sudah mulai kembali ke tempat masing-masing seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya. Keadaan jalanraya ketika itu memang lengang. Penulis sampai di Taman Kota Laksamana terus mencari Asam Pedas Pokok Besar yang diceritakan oleh seorang rakan dari Kuala Lumpur.



Penulis telah memesan masakan Asam Pedas Ikan Jenahak, manakala rakan penulis memesan Asam Pedas Ikan Pari.


Asam Pedas Ikan Jenahak


Asam Pedas Ikan Pari

Secara keseluruhannya, rasa asam pedas di sini tidak banyak bezanya dengan masakan di tempat lain, cuma apa yang menarik di sini memang lebih "Power". Pedasnya memang boleh membuatkan anda berpeluh seperti selepas bersenam. Pedas dan "Power" itulah yang dikatakan oleh pengunjung-pengunjung di restoren ini. Selain itu terdapat juga masakan asam pedas ikan kembung dan lain-lain ikan mengikut masa-masa tertentu.


Hidangan Utama: Pelbagai Jenis Masakan Asam Pedas

Harga: Antara RM7- RM10
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
Keseluruhan: 4/5

@mkstreet.com


dan kalau kawan2 cari port ikan bakar best datanglah ke kedai ini..

Tempahan Online

Free availability calendar by shared-house.com