Tuesday, September 18, 2012

Puan Azah - Johor Bahru

Homestay Melaka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada puan dan keluarga kerana memilih homestay kami sebagai tempat  penginapan semasa kunjungan ke Melaka. Semoga puan sekeluarga berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan jumpa lagi......


Sunday, September 9, 2012

Tempat-Tempat Menarik Di Melaka



Melacca River Cruse

Kalau sampai Melaka, tak cukup syarat kalau tak singgah naik Melaka River Cruise.
River Cruise merupakan salah satu daripada tempat-tempat yang menarik di Melaka.

Harga untuk dewasa cuma RM10 sahaja dan kanak-kanak cuma RM5. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 45 minit. Anda akan di bawa menyusuri Sungai Melaka dan berpeluang menikmati keindahan senibina lama Melaka

Perjalanan sejauh 9 kilometer ini bermula dari Menara Jam Melaka sehingga ke Pengkalan Kampung Rama Pantai. Sepanjang perjalanan, ada banyak perhentian dan boleh naik di mana-mana perhentian sekiranya bot masih kosong.










Zoo Melaka 

Terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi. 

Zoo ini dinobatkan sebagai Zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979. 

Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi Zoo Kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur. 






 

Activities and Fees
Visiting Hours
9.00 am - 6.00 pm daily 
Category
Price
Package Price
Adult (13 years old and above )
RM7.00
RM 5.00
Children ( 5 years old – 12 years old )
RM4.00
RM 2.00
Student with uniform
RM 2.00
RM 2.00
Video Camera
RM 10.00
RM 10.00



Night Zoo
8.00 pm - 11.00 pm
- Friday
- Saturday
- Eve of Public Holiday
- School Holidays


Category
Price
Package Price
Adult (13 years old and above)
RM10.00
RM 8.00
Children (5 years old – 12 years old)
RM5.00
RM 4.00







Tempahan Online

Free availability calendar by shared-house.com