Wednesday, November 2, 2011

Info Melaka: Makanan Orang2 Melaka

  • Asam Pedas Melaka
  • Kuih Udang Alor Gajah
  • Cendol 
  • Cencaluk
  • Sate
  • Chicken Rice Ball
  • Jus Mangga Delite
  • Teh Misai Kucing
Masakan Portugis





Masyarakat Portugis menggunakan gabungan rempah ratus dalam makanan mereka. Sebagai penambah perisa, jus lemon, asam jawa dan buah masam digunakan untuk memberi rasa yang sungguh nikmat dalam makanan. Di antara hidangan yang popular ialah Devil’s Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disajikan bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang).


No.Senarai Restoran Yang Menyajikan Makanan PortugisHubungi
1Restoran Papa Joe No. 18/B, Lot 2, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 MelakaTel: +606-284 3276
2Restoran De Lisbon
No. 18, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Tel: +606-284 8067
3Restoran Dan Pedro
4Celine’s Cafe 
No. 18A, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 Melaka
Tel: +606-292 1384
5Restoran Straits Settlement 
No. 18C, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 Melaka

Masakan Baba & Nyonya


Sekiranya anda tiba di Melaka, masakan Nyonya akan membuatkan anda berselera sekali. Ia merupakan gabungan makanan Cina tetapi menggunakan rempah ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.


Rasailah sendiri, barulah anda tahu kehebatannya. Antara hidangan yang boleh dicuba ialah otak-otak (isi ikan), sup itik, laksa lemak (mi dan udang bersama kuah laksa bersantan), jantung pisang, mi siam dan nasi kunyit. Sebagai pembuka selera, anda boleh mencuba sagu Melaka (sagu biji bersama air gula) dan kuih koci (tepung pulut berinti kelapa parut).

Senarai Restoran Yang Menyajikan Makanan NyonyaHubungi
Restoran Ole Sayang No. 198 - 199 Taman Melaka Raya, 75000 MelakaTel: +606-283 1966 / +606 283 3315
Restoran Nyonya Makko
No. 123, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-284 0737
Restoran Seroni
Restoran Banyonya
No. 164, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-292 2192
Restoran Bibik Neo
No. 4 & 6, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel/Faks: +606-281 7054
The Peranakan Delight
No. 5, Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Restoran Seafarer No. 1516, Batang Tiga, Tanjung Kling, 76400 MelakaTel/Faks: +606-315 2693
Restoran Banya
Restoran Nyonya Suan
No. 12 & 14, Jalan PM3
Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Tel/Faks: +606-286 4252
Restoran Indah Sayang
No. 138, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-282 0285
Restoran Manis Sayang
No. 618 & 617, Jalan Melaka Raya 10
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-281 3393
Restoran Double Ocean
No. 73, Jalan Melaka Raya 24, 75000 Melaka

Restoran Kapitan House No. 71 & 73, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 MelakaTel/Faks: +606-282 6525
Nancy’s Kitchen
No. 6, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka



Masakan India



Makanan India terkenal kerana ianya kaya dengan rempah ratus seperti cili, cengkih, kayu manis, jintan putih dan sebagainya. Pelbagai jenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum seperti thosai, chapati, naan, roti cana dan idli. Hidangan daun pisang pasti akan menarik selera ramai orang kerana makanannya dihidangkan di atas daun pisang menggantikan pinggan biasa. Ia memberikan satu pengalaman baru kepada mereka yang ingin mencubanya untuk pertama kali. Masyarakat India-Muslim terkenal dengan Nasi Briyani dan Mee Goreng. Hidangan lain termasuk kurma, ayam tandoori dan kari kepala ikan.

No.Senarai Restoran Yang Menyajikan Masakan India
1Restoran D’Tandoori House
2Restoran Chelvi's Curry House
3Restoran Subaidah
4Restoran Habeeb Sultan
5Raja’s Curry House
6Restoran Samas




Masakan Cina



Masyarakat Cina di negara ini terdiri daripada pelbagai etnik antaranya ialah Kantonis, Hakka, Hainan dan Hokkien. Setiap etnik ini mempunyai cara masakan yang berbeza. Masakan Cina di negara ini mempunyai rasa yang sedikit pedas kesan daripada pengaruh rakyat berbilang kaum. Antara makanan yang popular di gerai-gerai makanan adalah  Char Kway Teow, Mi Wantan , Mi Udang dan Dim Sum.



No.Senarai Restoran Masakan CinaHubungi di :
1Bee Bee Hiong Famous Yong Tau Foo
Jalan Bunga Raya, 75000 Melaka
2Restoran Bei Zhan
No. 16 & 18 Jalan Melaka Raya 23
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-281 2684
3Lim Tian Puan
No. 251, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
Tel: +606-282 2737
4Newton Food Court
5Restoran A' Famosa Chicken Rice Ball
6Restoran Noodle World
7Restoran Shi Wei Tian
8Restoran Hi Keng
No. 110, 111 & 112, Taman Melaka Raya 75000 Melaka
9Restoran Kengdom
No. 147, 148 & 149 Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-282 6409
10Restoran Lee
No.28&30 Jalan Rama-3, Air Keroh, 765450 Melaka
Tel: +606-231 6602
11Restoran Pei Zing
No. 655 - 658 G & A, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: +606-282 8218
12Dragon Inn Food Court
PT 817, Jalan Taman Melaka Raya 10, 75000 Melaka
Tel: +606-282 4595


Masakan Melayu


Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.

Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.


No.Senarai Restoran Yang Menyajikan Masakan Melayu
1Restoran Subaidah
2Restoran Lot 35
3Restoran Lot 85
4Restoran Mahligai
Tingkat Bawah, Bangunan Pusat Penerangan Pelancong
Jalan Kota, 75000 Melaka
5Restoran Selera Pandan
6Restoran Alihar19, Jalan Melaka Raya 13
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
7Restoran Amin
23, Jalan Melaka Raya 11
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
8Restoran Ole Rasa 
264, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
9Restoran Pelantar Gemilang
10Restoran Budi Jaya
308, Jalan Tun Ali, 75300 Melaka
11Restoran Cahaya Mawar
334, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
12Restoran Anjung Muara
13Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Umbai Baru, 77000 Jasin, Melaka
14Medan Ikan Bakar Umbai Pengkalan Pernu, Umbai, 75600 Melaka
15Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak
16Medan Ikan Bakar Anjung Batu
17Medan Ikan Bakar Serkam
18Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan


No comments:

Tempahan Online

Free availability calendar by shared-house.com