Wednesday, November 2, 2011

Info Melaka! Membeli- Belah Di Melaka!

Mydin Hypermarket


Merupakan pusat membeli - belah yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan untuk para pengunjung.

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari : 8.00am - 11pm
Jumaat - Ahad: 8.00am - 12.00am

Jonker Walk


Masa untuk Mencari Harta Karun!


Bila anda berada di Melaka, jangan lupa untuk membeli cenderahati. Rugi sekiranya anda melawat tempat yang menarik tanpa membawa balik sebarang kenangan yang boleh disentuh dan boleh diceritakan kepada yang lain. Kata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkataan. Jadi, berapa banyak yang boleh cenderahati itu ceritakan? Mungkin lebih banyak dari yang disangkakan? Tepat sekali. Kami mahu anda membawa balik cenderahati ke tanah air anda untuk mengingatkan anda tentang Melaka dari semasa ke semasa.
Oleh kerana Melaka terkenal dengan barangan antiknya, anda perlu berjalan di Jonker Walk, yang terkenal dengan barangan antik, untuk mendapatkan barangan antik dengan harga yang murah. Anda boleh mencari sesuatu dari masa lampau kepada koleksi kipas dekoratif, kraftangan dan bakul bertingkat Baba. Deretan kedai-kedai antik akan menarik perhatian anda sepanjang hari. Anda akan terpukau dengan pemeliharaan yang cermat keatas barangan zaman silam dan terpegun dengan perjalanan sejarahnya.

Membeli-belah di Melaka memberi anda suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Samada anda membeli-belah di kedai di tepi jalan ataupun di kompleks membeli-belah, anda akan menjumpai dengan banyak cenderahati dan barangan lain dengan harga yang berpatutan.


Kenderaan AwamBas Bandar No 17
Anda juga boleh menaiki teksi dengan menghubungi +606-284 7163 kerana tiada tempat menunggu teksi di jalan yang sibuk ini


Waktu operasi:Waktu operasi kedai-kedai di sini berbeza tetapi pada amnya, dari hari Isnin hingga ke Khamis, kedai-kedai dibuka ada jam 10 pagi hingga 6 petang dan dari hari Jumaat hingga Ahad, banyak kedai dibuka sehingga jam 10 malam. Kedai-kedai makan buka dari jam 10 pagi hingga 11 malam. Jalan disini menjadi pasar malam setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.


Kedai-kedai yang terdapat di Jalan Jonker:

1. Syarikat Abdul
No. 79, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
No 93, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
Tel: +606-284 8518

2. Ancient Curio Store
No.70 Jalan Hang Jebat
75200 Melaka
Tel: +606-284 8586

3. Fatimah Antik Stor
No. 46, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
4. K&S Antiques House

No. 22 Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
5. Kowloon Antiques Shop

No. 38, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
6. Malacca Junk Store

No. 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
7. Tian Wai Antiques & Art
Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Giant Hypermarket

Giant merupakan salah satu destinasi membeli - belah yang patut dikunjungi kerana menawarkan harga yang berpatutan dan segala barangan ada disini untuk memenuhi citarasa pengguna.

Alamat :
Giant Hypermarket Melaka,
No. 2 Taman Bachang Utama,
75350 Melaka.

Jaya Jusco

Merupakan pusat membeli - belah yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan untuk para pengunjung.

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari : 8.00am - 11pm
Jumaat - Ahad: 8.00am - 12.00am
Jaya Jusco

Lot 4991, Mukim Bukit Baru
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel: +606-232 4899

Tesco

Merupakan pusat membeli - belah yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan untuk para pengunjung.

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari : 8.00am - 11pm
Jumaat - Ahad: 8.00am - 12.00am
Tesco Stores (M) Sdn Bhd
No. 1, Jalan Tun Abdul Razak
75400 Peringgit, Melaka
Tel: +606-288 2000

Melaka Sentral

Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar Peringgit. Ia terletak 15 minit daripada bandar Melaka dan bertentangan dengan pasaraya Tesco di Jalan Tun Razak. Terminal ini merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan bas dan teksi antara negeri dari seluruh pelusuk semenanjung serta perkhidmatan domestik. Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya.

Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi. Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak diantara dua bahagian ini. Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula, terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan. Untuk mereka yang ingin berjalan dengan teksi, terdapat banyak ruang untuk teksi antara negeri dan domestik di terminal teksi.

Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Tel: +606-288 1323/1321
Faks: +606-288 1322

Mahkota Parade


Senibina pusat membeli-belah Mahkota Parade yang bercirikan pengaruh rekabentuk Portugis dan Belanda.

Tempat letak kereta sebanyak 1,195 petak mampu menampung para pelawat dari luar Melaka. Bangunan tiga tingkat ini dipenuhi dengan 200 kedai retail seperti Bonia, The Body Shop, Seed, Levis, Rest & Relax, Giordano, and Marie France Bodyline yang menawarkan pelbagai barangan kepada semua pengunjung. 


Mahkota ParadeNo 1, Jalan Merdeka
Bandar Hilir
75000 Melaka
Tel: +606-282 6151
Fax: +606-282 7305

Lokasi :Terletak di tengah Bandaraya Melaka. 25 minit daripada Tol Air Keroh. 


Pengangkutan :Terdapat kemudahan teksi dan bas. Nikmati pemandangan sambil mengambil beca atau berjalan kaki ke Mahkota Parade. 


Waktu operasi :Ahad - Khamis 10.00am - 10.00pm
Jumaat dan Sabtu 10.00am - 10.30pm

p/s sebenarnya banyak tempat2 baru kami akan updatekan dari masa ke semasa.

No comments:

Tempahan Online

Free availability calendar by shared-house.com